exam dunia VS exam akhirat





wow !! , nmpaknya semua tenga bersiap sedia untuk menziarahi dewan exam, bgos2.....
da klah nk g uma bakal mentua gayanya,.,huhu...
sejam bgaikan seminit , sehari bgaikan 12 jam..cpat btol msa berlalu....btol x? k char je ase camtu... 
[ tp x study jugak ]  ngeee ~

duhai adik kakak sekalian,,,,await x study awal2 ? [macam char study je an ]  :)
sedar x sedar ..... kita bagaikan da tersilap arah ,, betapa kita pentingkan dunia melebihi segalanya ... btol  x?
jom2 kita survey !

bila exam dunia  , ramai yang ........

berkepit ngn buku 24 jam 
sanggup x mkn sbb nk abiskan silibus
 bz smpai lupa nk kol mak ayah 
kalut nk wat nota 
kawan pon wat2 x nmpak
rambut ? alamak ai ! klah mak limah..hehe,[ gurau je ]

tp apa persiapan kita u exam akhirat ... agak2 dgn gaya hidup cani kita akan bjaya x?

lewat2kan solat .. [alaa, zohor lambat ag nk abess]
merungut bila ditimpa ujian , [ knapa aku ? bukan org len ? ]
rezeki depan mata pon x reti nk bersyukur [ igtla org kat somalia 2 cik kak oi ]
sanggup bersengkang mata baca novel [ nk bca quran sepipi lpas solat pon liat ]
abiskan duit beli bende x berpekdah [ sedekah jauh sekali ]
shopping baju sampai sedozen sebulan [ telekung semayang ? smpai bertukar warna pon x berganti ]



vs
                                                                

tp x semua caniey kan.. char tawu semua yg baca entry ni baik2 belaka :)
kalau kita bertungkus lumus berjaya untuk dunia...
knpa x u AKHIRAT ?

----------> salam sayang <----------
✿ sihar ibrahim 


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

saat hidayah menyapa





''carlos , sekiranya kamu menyayangi jesus dengan ikhlas, jadilah seorang muslim.. ''

antara waktu solat maghrib dan isyak , di sebuah masjid di Texas , imam sedang menyiapkan beberapa kerja pengurusan di pejabat . pintu diketuk dan seorang lelaki menjengulkan wajah.rambutnya panjang berikat , misai dan janggutnya panjang tumbuh meliar ,. gayanya seperti penunggang yang meredah freeway dengan ''cooper'' harley davidson -live to ride !

mata lelaki itu meneliti wajah imam.

         ''nama saya carlos.'' tangan dihulur sambil memperkenalkan namanya.

imam menunggu apa yang bakal diperkatakan seterusnya oleh tetamu asing iini.

        ''saya ingin memeluk islam''. suara garuk keluar lancar dari bibirnya.

imam tidak menyangka mendengar itu daripada lelaki di hadapannya. sepintas lalu dia mengamati lelaki yang hanya mengenakan leather vest pada tubuhnya yang penuhdengan tatoo. di bahagian dada terpampang begitu besar gambar lelaki disalib , gambaran Jesus. pada lenagn sasanya terdapat gambar wanita yang mendukung bayi , gambaran Mary mendukung Jesus . badannya dikanvas menjadi mural keagamaan seperti yang terdapat
di dinding gereja ortodoks. 

imam menyahut permintaannya . carlos diajarkan 2 kalimah syahadah . setelah berjaya menyebutnya dengan lancar . carlos  berhenti seketika melayan emosinya , bergenang air mata di kelopak matanya yangg redup. 

        ''apakah yang mendorong kamu untuk menjadi seorang muslim, wahai Carlos?''
carlos merenung lembut ke wajah imam.

       ''saya membesar sebagai kristian sejati .'' dia memulakan cerita, sepertia da bau setanggi gereja bersama mukadimah cerita itu.

      ''sejak kecil saya dididik menyanyangi Jesus .'' bicaranya lancar. imam mengangguk2 mendengar dengan tekun. 
 
     ''kasih sayang terhadap Jesus menjdi destinasi hidup saya, kerana itu kamu dapat lihat pada tubuh saya ini penuh dengan gambar Jesus''. dia menunjuk k serata tubuhnya.

    ''saya benar-benar menyayangi Jesus..'' dia menyambung dengan suara sedikit kuat, berbaur emosi yang tidak dapat disembunyikan.

     ''semuanya berjalan seperti biasa sehinggalah tiga hari yang lepas.''dia berhenti seketika.

     ''pada malam itu, saya bermimpi. saya melihat cahaya dingin yang terang benderang.ia begitu menyilaukan. di balik chya itu kdengaran suara yg sgt jelas, menyeru nma saya.''carlos, sekiranya kamu menyayangi Jesus denagn ikhlas, jadilah seorang muslim.... hanya islam meletakkan jesus pada kedudukan yang benar''

carlos menggayakan dengan penuh perasaan ketika dia tersentak & terjaga dpda tidur.

     ''mimpi seperti itu datang berulang kali dalam tidur pada malam2 berikutnya . ia membulatkan tekad dan membawa saya ke mari.'' carlos menutup kisahnya tepat pada saat azan isyak dilaungkan.

gemersik laungan azan memenuhi ruangan masjid, menusuk ke dalam kalbu carlos . habis azan , imam bangkit u keluar.

    ''apa yang harus saya buat sekarang ?'' tanya carlos meminta bimbingan,

''kamu ikut sahaja apa yg saya lakukan sepanjang solat nanti.'' ujar imam penuh mesra.




berdirilah carlos di saf belakang imam . dia mengikut perlakuan imam , qiam, rukuk , iktidal,  dan sujud drpda 1 rakaat k 1 rakaat . kesemua itu dilaksanakan dengan begitu sukardan kekok , namun terserlah ketundukannya sebagai seorang muslim. 

selsai imam memberi salam, carlos masih khusyuk di sujudnya . selang beberapa detik berlalu, imam bangun dan duduk di sebelah carlos yang masih sujud.

''carlos, kita telah habis solat,''
imam menggoncang tubuh carlos.

tubuh itu terkulai dan terbaring. imam segaera merapatkan telinga k dada carlos. sedetik imam berhenti, suasana begitu sunyi.. terluncur dari bibir imam.. ''innalillahiwainnailaihirajiu'n''...

Allah menjemput carlos dalam sujudnya yg terakhir ........

fuhh !!! penat menaip..huhu..
moga kita dapat mengambil iktibar dpda cerita di atas...




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

mati itu pasti !




Pada satu hari, Rasulullah s.a.w. masuk ke tempat sembahyang (musolla) dan baginda melihat beberapa orang sedang bergelak ketawa atau berbual kosong. Lalu baginda bersabda yang bermaksud :

“Kalau kamu semua memperbanyakkan mengingati perkara yang melenyapkan segala kelazatan hidup, nescaya kamu akan menjadi sibuk (tekun beribadat) sepertimana aku melihat kematian.”

“Oleh itu perbanyakkanlah mengingati mati kerana tidak berlalu satu hari melainkan kubur akan berkata, ‘aku rumah kesepian, aku rumah keseorangan, aku rumah tanah dan aku rumah ulat dan cacing.”

“Apabila dikebumikan hamba yang beriman, maka kubur berkata kepadanya, ‘marhaban wa ahlan’ (ucapan selamat datang), kamu adalah orang yang aku kasihi di kalangan mereka yang berjalan di atas belakangku, dan apabila aku menerimamu hari ini, lihatlah apa aku akan lakukan kepada kamu.”

Sambung Nabi lagi ;


“Maka kubur pun menjadi luas sejauh pandangan matanya dan dibukakan juga kepadanya pintu yang menghadap ke Syurga..”

“Dan apabila dikebumikan hamba yang berdosa dan kafir, maka kubur berkata kepadanya, ‘la marhaban wa la ahlan’ (yakni tidak diundang dan tidak diterima kehadirannya).’ Engkaulah antara mereka yang paling aku benci yang berjalan di atas belakangku selama ini. Dan apabila aku menerima kamu hari ini, kamu akan saksikan apa yang bakal aku lakukan terhadapmu.”

Sabda Nabi s.a.w yang maksudnya, “Maka kubur pun sedikit demi sedikit mula menghimpit tubuhnya hingga bertemu rapatlah segala tulang belulangnya.”

Rasulullah mengepal jari-jarinya lalu menyambung, ” Dihantarkan kepadanya tujuh puluh ular besar lagi berbisa, jika seekor daripadanya menyemburkan bisanya ke atas muka bumi ini, nescaya tidak akan tumbuh sesuatu apa pun. Selama mana baki dunia ini, maka selama itulah dia akan dibelit dan dipagut ular-ular itu hinggalah tiba hari perhitungan (Yaumul Hisab).”

Nabi s.a.w bersabda lagi maksudnya :

“Kubur itu samaada sebuah taman Syurga ataupun sebuah lubuk api Neraka.”

(Hadis Riwayat Abu Sa’id Al-Khudri r.a

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

ke mana arah tujuan hidup kita..?









semua sihat ..? :)
kita santai2 je k..huhu..ape agaknya arah tujuan dalam idop kita ni...
belajar tggi2 sampai abis duit berpuluh ribu,, nk jadi ape yer...?
hidop lama2 ni nk buat ape yer...?
tanpa ade hala tuju / arah tujuan.. semua benda yg kita wat akan sia2... 
hari2 kita baca ''ihdinassiratalmustakim''
mknanya hari2 jugak kita mintak Allah tunjukkan kita jalan yg lurus....
tp blom sempat smpai k persimpgn, kita da fikir nk ikot jln yg salah..........

mengapa diciptakan syurga dan neraka..?

''kalo tuhan 2 baik sgt, knpa cipta neraka?'' .. 
jgn terkejot kalau ade yg mempersoalkan tentang neraka...

org xkan mempersoalkan tentang kewujudan syurga, sbb semua org tau syurga 2 indah...
kita akan dpat semua yg kita nak...
klo semua org baik n org jahat masok syurga....watpe kita nk jadi org baik..kan?
kan senang klo org prempuan semua pkat jadi pelacur..sehari da dpt berapa.....
kan senang klo org laki pakat jadi perompak... rncg nk pecah rumah org je....xya pk dosa phala...
nk k kita hidup mcm 2....ade khidupan k klo semua org jadi jahat mcm 2..?
klo camtu bek Allah xya hidupkan kita kat dunia ni...masukkan je tros dlm syurga..
laaaaagi senang.....

-------------------------------------------------------------------------------------

tp , kita kena igt.....! klo ade org syg kita pon klo boleh kita nk org 2 buktikan cinta dia pada kita....
ALLAH pon sama!!
Dia da sediakan tempat yang paling indah untuk hamba2-Nya yang mengabdikan diri pada Dia...
& tempat yg paling hina n menakotkan u org2 yg membelakangi-Nya..
2 la buktinya Allah 2 Maha Adil.... :)

dari apakah kita dicipta?

“Wahai sekelian manusia! Jika kamu masih ragu-ragu terhadap hari qiamat sesungguhnya Kami (Allah S.W.T.) telah jadikan kamu dari tanah, kemudian daripada air mani dan mani menjadi darah sampai ia menjadi sepotong daging yang telah sempurna kejadiannya dan yang belum sempurna, supaya Kami beri keterangan kepada kamu dan Kami tetapkan di dalam kandungan (rahim) ibu mengikut kehendak Kami, sampailah waktu tertentu maka Kami keluarkan kamu dari kandungan ibumu menjadi kanak-kanak kemudian sampai kamu menjadi orang dewasa. Di antara kamu ada orang yang dimatikan dan ada yang dipanjangkan hidupnya sampai terlalu tua hingga tidak dapat mengetahui apa-apa sedangkan sebelumnya kamu mengetahui.” - Surah al-Hajj: ayat 5.

untuk apa kita diciptakan...?
    “Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” - Surah az-Zariyat: ayat 56.
di manakah kesudahan kita?

“Sesungguhnya kepada Tuhan (Allah) kesudahan kamu (tempat kembali). Dialah yang membuatkan kamu tertawa dan Dia juga yang membuatkan kamu menangis. Dialah yang mematikan kamu dan menghidupkan kamu kembali.” 
- Surah an-Najm: ayat 42-44.



semuanya telah diterangkan dalam al-quran...cuma kita je x selidik...

kita lebih suka baca novel dpda kalam Allah..
kita lagi syok dengar radio dpda dengar alunan ayat Allah......
kita pilih u kawan dgn org yg jahil mcm kita dpda kwan dgn ulama'....

agak2...di manakah tempat yg selayaknya u kita ....?








Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

hadis -hadis cinta



Cinta yang memberikan cahaya

“Sesungguhnya di antara hamba-hamba Allah itu ada beberapa orang yang bukan Nabi dan syuhada menginginkan keadaan seperti mereka, karena kedudukan di sisi Allah.

Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, tolong kami, beritahu siapa mereka?”

Rasulullah Saw. Menjawab, ”Mereka adalah satu kaum yang cinta mencintai dengan ruh Allah tanpa ada hubungan sanak saudara, kerabat di antara mereka, serta tidak ada hubungan harta benda yang ada pada mereka. Maka, demi Allah, wajah-wajah mereka sungguh bercahaya, sedang mereka tidak takut apa-apa di kala orang lain takut, dan mereka tidak berduka cita di kala mereka berduka cita.””
(H.R Abu Daud)


Cinta yang menggugurkan dosa

“Sesungguhnya seorang muslim apabila bertemu saudaranya yang muslim, lalu ia memegang tangannya (berjabat tangan) gugurlah dosa-dosa keduanya sebagaimana gugurnya daun dan pohon kering jika ditiup angin kencang. Sungguh diampuni dosa mereka berdua, meski sebanyak buih di laut.”
(H.R Tabrani)

Cinta yang memberikan keteduhan

“Sesungguhnya Allah SWT pada hari kiamat berfirman, “Di manakah orang yang cinta-mencintai karena keagungan-Ku? Pada hari ini Aku akan menaungi dengan menunggu-Ku di hari yang tiada naungan melainkan naungan-Ku.”
(H.R Muslim)

 Cinta yang berbalas cinta

“Allah SWT berfirman, “Pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta-mencintai karena Aku, saling kunjung-mengunjungi karena Aku, dan saling memberi karena Aku.”
(Hadits Qudsi)

Karena cinta, dicintai-Nya

“Bahwa seseorang mengunjungi saudaranya di desa lain, lalu Allah mengutusa malaikat untuk membuntutinya.

Tatkala malaikat menemaninya, malaikat berkata, “Kau mau ke mana?”

Ia menjawab, “Aku ingin mengunjungi saudaraku di desa ini.”

Malaikat terus bertanya, “Apakah kamu akan memberikan sesuatu kepada saudaramu?”

Ia menjawab, “Tidak ada, melainkan hanya aku mencintainya karena Allah SWT.”

Malaikat berkata, “Sesungguhnya aku diutus Allah kepadamu, bahwa Allah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai orang tersebut karena-Nya.”
(H.R Muslim)

Tiga cinta yang manis

“Tiga perkara, barang siapa memilikinya, ia dapat merasakan manisnya iman, yaitu:

1) Cinta kepada Allah dan rasulnya melebihi cintanya kepada selain keduanya,

2) Cinta kepada seseorang karena Allah, dan

3) Membenci kekafiran sebagaimana ia tidak mau dicampakkan ke dalam api.”
(H.R Bukhari-Muslim)


____sihar ibrahim____
♥ salam sayang 




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

tenangkan H.A.T.I



ya Allah , bila ckp pasal hati , hmm ,, mmg susa nk describe..
x sedap hati , mkan hati , jatuh hati , busuk hati...haaaa, mcm2 ade...
tp ape yg char nk kongsikan , cane nk menenangkan hati kita yg haru biru uh.. 
hatilah tempat jatuhnya pandangan Allah ...
kadang2 kita rasa semacam je, x sedap hati, serabut.....
jgn risau , smua masalah ade penyelesaian , semua penyakit ada ubatnya....

Dan dari Wabishah bin Ma’bad rodhiallohu ‘anhu dia berkata: Aku datang kepada Rasulullah , beliau bersabda: “Apakah engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?” Aku berkata,” Ya.” Beliau bersabda, “Bertanyalah kepada hatimu. Kebajikan adalah apa yang menjadikan tenang jiwa dan hati, sedangkan dosa adalah apa yang menggelisahkan jiwa dan menimbulkan keraguan dalam hati, meskipun orang-orang terus membenarkanmu.” (Hadits hasan yang kami riwayatkan dari Musnad Imam Ahmad bin Hambal dan Musnad Imam Ad-Darimi dengan sanad hasan)

1.ambil wudhu...& banyakkan berselawat
insyaALLAH..''dengan mengingati Allah hati akn menjadi tenang''
& kalau boleh didik diri kita supaya sentiasa dalam keadaan berwudhu'.

2.muhasabah diri
kadang2 kita terlepas pandang , byasenya kita akn rasa x sedap hati disebabkan kita da wat sesuatu yg salah @ bnda yg x sepatutnya kita buat...igtkan balik & fikirkan penyelesaian yg sepatutnya k..

3. tarik nafas dan cuba relax
elakkan daripada fikir benda2 yg membuatkan kita marah , sedih n so on..
buat je cam byase , tgok benda2 yg buatkan kita tersenyum (gambar keluarga)
@ call parents.. lpas 2 insyaALLAH dah x serabut da

4. rajinkan diri bgun kiam
haa! yg ni sgt2 digalakkan.. mmg mula2 kita rasa susa sgt nk bgun..tp percayalah , klo da lama2, dgn sendirinya kita akn terbiasa..klo x bgun , mmg rsa ade yg x kena...
knapa? sbb kita da terlepas ''date'' ngn Allah ...sedangkan Allah menunggu hamba-Nya yg sudi bercerita dengn Dia....

5. baca al-quran
rajin2kan baca al-quran... klo boleh ngn maknanya sekali...kompem sekali baca, mesti nk baca lagi !

An-Nu’man bin Basyir berkata: “Saya mendengar Rasulullah saw bersabda, ‘Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.‘” (HR. Bukhori)

ni la yg char salu buat klo rasa x tenang @ serabut. di samping mkn cadbury!! hoho
k , jangan biarkan diri anda diselubungi keserabutan ! ok?
salam sayang 




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

di sebalik tuntutan solat dan puasa




hye , morning ,selamat pagi , sobahalkhair .. :)
ok, hari ni char nk share pasal rahsia di sebalik solat 5 waktu ,,
mungkin ade yg da tau ,, tapi kpda yg x berapa nk tau 2..JOM BACA !
info ni pon char dpat dpda mr.google ... :)




 
    Ali bin Abi Talib r.a. berkata :  "Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata, 'Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.'
     
      Lalu Rasullullah saw bersabda, 'Silakan bertanya.'
      
    Berkata orang Yahudi, 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'
     
    Sabda Rasullullah saw,
    'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya. 
    Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. 
    Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.
    Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku.
    Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan.  
    Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah saw, lalu mereka berkata, 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.'
    Rasullullah saw bersabda, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan. Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.' Sabda Rasullullah saw lagi, 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'
    selepas itu Rasullullah saw membaca ayat yang bermaksud, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan. Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan.' 
     Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.' 
    Sabda Rasullullah saw seterusnya, 'Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjamaah,
    diberikan kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu:
     1. Dibebaskan daripada api neraka. 
    2. Dibebaskan dari nifaq. 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

bencinta a.k.a hlovate




BENCINTA = HLOVATE
benci + cinta = hate + love
rindu -------> sayang


siapa sangka dalam sebuah persahabatan terselit 1 rasa luar biasa...
dalam hanya mengagumi terbit rasa untuk mencintai ... 
k mana harus kita campakkan perasaan 2?
pada siapa harus kita luahkan rasa cinta kita ?
berhakkah kita menyemai rasa cinta 2..?


cinta adalah lumrah .. jika kamu merangkak pergi , ''dia'' berlari mengejar
jika kamu mencampaknya keluar dari hati , ''dia'' lembut menyapa kembali
jadi , cintailah mereka yg selayaknya u dicintai...


‎"ya ALLAH, aku memohon cintaMu, cinta orang yang mencintaiMu, dan cinta akan perbuatan yang dapat mendekatkan diriku kepada cintaMu" {HR at-tirmidzi}


kita memang sepatutnya menghargai org yg menyayangi kita..
tpi x semestinya kita harus menerima huluran cinta mereka.... 
kita berhak untuk mencintai seseorang , 
tp kita x mampu untuk memaksa org 2 menerima kita,,,
bila kita terpaut pada seseorg yg alim , baik , perfect pada mata kita ,, cuba kita muhasabah diri,,..
tgok diri kita sendiri ... mampu k kita menjadikan dia seorg yg lbih baik dpda 2... 
@ kita sendiri lagi terok dpda dia...kita sendiri x mampu berubah kepada yg lebih baik...
jgn berubah disebabkan keinginan u memiliki lelaki yg baik ,
tp berubahlah kerana Allah ,
dan insyaALLAH , lelaki yg baik akn menginginkan kita .

cinta bukan berakhir selpas kita memiliki , 
kerana x pernah wujud istilah ''penghujung cinta''
kerana cinta, Allah menciptakan Hawa sebagai pelengkap Adam
kerana cinta , Nabi Muhammad x pernah lupakan umatnya
tapi , kerana cinta juga manusia lupa betapa besarnya cinta Allah pada mereka ....
kitalah yg menjadi mangsa CINTA !
sehinggakan.....
manusia lebih percayakan janji manis makhluk-Nya..
tetapi selalu mengenepikan janji - Nya

moga kita x tergolong dalam kalangan 2... :)
ape yg penting ! ALLAH ....always in my heart,,,,,,

♥ salam sayang 



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

jatuhnya air mata lelaki


perempuan menangis? perkara biasa la 2 kan..huhu
tp klo laki menangis cane ? byase gak k..? :|
tp..kna igt ! lelaki pon manusia byase,,, tp lelaki jarang nangis sebab Allah da selitkan 1 kelebihan u mereka, boley kawal emosi....
cer bayang , klo suami isteri gadoh, bini dorang nangis, dorg pon nangis jgak,,,da 2 , sape yg nk tenangkan wife dorg 2..? huhu
that's why Allah ciptakan manusia berpasangn, ade laki ade pompuan..saling melengkapi..walaupun pada hakikatnya byk sangat perbezaan ..
perbezaan 2 semualah yg melahirkan kesempurnaan,,
bila sorg nangis , yg sorg lagi jadi crying shoulder.
bila sorg lagi marah . yg sorg lagi jadi penenang ,,
bila sorg mmbebel , sorg lagi jadi pendengar...
perfect..huhu


tp laki jugak akn nangis ....bilaa..

~ dia kehilangan org yg die sayang
tp ramai yang mmpu mengawal emosi mereka, hanya segelintir je yg menangis..bukan sebab mereka nk tunjuk mereka kuat tp ni la kelebihan yg ade pada lelaki..TABAH,,

~ mereka da lukakan perasaan org yg mereka sayang
ni la 1 kelemahan lelaki..klo da nk marah..adess..men lepas je...x pk pape da.,lpas 2 mulala nk nyesal...
da makwe dorg lari brula x tentu hala...sian...hehehe

~ lpas dorg lukakan ati mak dorg...
bila dorg wat salah , mak bebel, mak ckp sepatah , dorg jawab brpuluh2 patah...bila mak da nangis mulala serba salah..taim 2 bru nk pk''ape aku da wat ni''
lembut jugak ati lelaki ni yer..klo ngn mak, salu kalah....huhu

~ kehilangan benda yg dorg sayang
tambah2 lagi barang yg dorg bli sdiri..kna plak simpan duit bertahon-tahon nk beli benda dorg suka..nangis x berlagu la..huhu

~terlampau tension
tanggungjawab yg dipikul oleh insan yg bergelar lelaki da ckup untuk membuatkan dorg tension.,,so , ape salahnya sesekali meelepasakn tekanan dengan menangis :)

~dpat anak !
betapa bahagianya seorg lelaki yg baru bergelar ayah saat dorg azankan dorg punya first baby hinggakan mereka x sedar mereka sdg menangis..dan rmai jugak yg nangis bila tgok isteri dorg nk melahirkan ank..saat si isteri bergadai nyawa...so sweet..




tp yg ni paling char suka.......
lelaki yg menangis di depan Allah ,
menangis bila dorg mengenangkan betapa byk dosa yg dorg da buat..
alangkah sweetnya hamba ALLAH yg ni...huhu
menangis sebab dorg takot kekasih dorg yg Esa 2 memencilkan dorg...
menangis rindukan Tuhannya.......
dan air mata mereka adalah air mata yg mengalir bersamanya pahala di sisi Allah....

so, kpda wanita2 diluar sana..jangan pernah gelakkan lelaki yg menangis ,,keran amungkin mereka menangis setelah pemergian irg yg mereka syg , mungkin mereka menangis kerana bebanan masalah yg ditanggung oleh mereka,,,merekalah ketua keluarga , merekalah yg mencari nafkah dan mereka juga pelindung kepada keluarga mereka,,

semua org berhak untuk menangis..jika tidak, untuk apa air mata dicipta?

----------------- salam sayang -----------------
~ sihar ibrahim ~

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

t.e.m.a.n



Alhamdulillah , kita msih diberi peluang untuk menatap wajah mereka yang kita sayang , masih boleh mendengar rintihan rindu mereka , masih boleh tersenyum bahagia bersama mereka...



tanpa sahabat , canggunglah gerak geri kita di dunia ini..
xdela 'mereka' yang akan mengingatkan kita ..
xdela org yg akn jadik crying shoulder kita
yg ada hanya kita ,,, sendiri !



setakat manakah kita menghargai sahabat kita ?
bila dia menangis , apakah perasaan kita ....

sahabat yg baik.....
akn turut trsenyum saat temannya BAHAGIA
sabar saat sahabatnya TERSILAP BICARA
setia saat temannya BERCERITA
pembuka bicara kala temannya DIAM MEMBISU 
setia di sisi saat temannya BERDUKA.....



tanpa persahabatan , percintaan akan berakhir..
tetapi tanpa percintaan , persahabatan tetap kekal selamanya....


kau datang padaku seperti biasa
ku sambut bahagia dengan tangan terbuka
kau balas dengan senyuman seadanya
ku tahu ada sesuatu yang berbeza

kau hanya diam seribu bahasa
hanya di matamu yang cuba berbicara
bahwa saat ini hatimu terluka
kau tahu ku ada di sini untukmu

mencuba tak berkedip
menahan tegar di hujung mata
hingga kau pun tak kuasa
berderailah airmata
dalam pelukku kau curahkan semua

menangislah...
kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
lalu untuk apa airmata telah dicipta
bukan hanya bahagia yang ada di dunia
menangislah...
di bahuku kau berikanku kepercayaan
bahwa laramu adalah haru biruku
kerna ku adalah sahabatmu

menangislah...(dibahuku ku disini untukmu)
menangislah...(dibahuku kerna ku sahabatmu)


buat sahabat2 yg baca entri niy...'
char sayang korang !
hohoho..
insyaAllah , moga kita semua dapat beriringn menuju syurga-Nya....
hargailah sahabat anda....
semoga anda juga akn dihargai oleh mereka..
peace !!!! ;)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

menuju gerbang kebahagiaan



sudah bersediakah anda untuk menuju gerbang perkahwinan?
^____^


James Branch Cabell, “People marry through a variety of other reasons, and with varying results; but to marry for love is to invite inevitable tragedy.”

Suatu kisah yang cukup menarik diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-Khudri r.a katanya: “Seorang lelaki datang mengadu kepada Rasulullah s.a.w kerana anak gadisnya tidak mahu berkahwin.” 

Sabda Nabi kepada gadis itu yang bermaksud: “Patuhilah kehendak bapamu. Jawab gadis: Saya tidak akan kahwin sehingga Rasulullah s.a.w menyatakan apa tanggungjawab saya sebagai isteri. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda: Jika suamimu berkudis, lalu engkau rawat kudisnya dengan mulutmu, maka perbuatan itu tidak wajar , dianggap sebagai keterlaluan. Jawab gadis: Demi Allah s.w.t, kalau begitu tugas isteri, aku tidak akan kahwin selama-lamanya. Sabda Nabi kepada bapanya: Jangan engkau paksa dia berkahwin. Biarlah dia membuat keputusan sendiri.” (Qadaya al-Mar’ah, halaman 128).

Sebenarnya apa yang dikatakan kepada isteri terhadap suami, itulah juga dikatakan kepada lelaki terhadap isterinya. Jika ada suami yang berasa jijik merawat kudis-kudis isterinya, atau isteri hanya pada waktu sihat sahaja, maka lebih baik bagi lelaki ini berpuasa sahaja, sesuai dengan nasihat Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang tidak mampu berkahwin, hendaklah ia berpuasa, kerana puasa menjadi pengikat nafsunya.”

sesungguhnya islam itu indah & apa yg trkandung di dalamnya juga indah.


a great marriage is not when the perfect couple comes together. It is when an imperfect couple learns to enjoy their differencess'' -- Chantal Saperstein,
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud” “Tidak ada suatu bentuk yang lebih baik di dalam Islam daripada perkahwinan. Dan barangsiapa memilih untuk mengikuti sunnahku, maka dia harus berkahwin dan melahirkan anak-anak sehingga aku dapat melihat umatku dalam jumlah yang besar.”

Imam Ridha menyatakan, “Milik seorang lelaki yang paling berharga adalah isteri yang setia yang bila dia melihat isterinya itu, dia menjadi bahagia, dan isterinya itu melindungi harta dan kehormatannya ketika suaminya sedang pergi.” 

bermadu ?
tiada yg lbih menyakitkan bg seorg isteri selain terpaksa menerima hakikat terpaksa bermadu.



Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mempunyai ramai isteri, dia tidak berlaku adil terhadap mereka, akan dibangkit pada hari akhirat dalam keadaan senget.”


♥ -----> salam sayang <---- 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

usaha mencari jodoh bagi kaum wanita ♥ ♥


ehem2 ....ha ! baca2..hehe
ni la usaha mencari jodoh yg boley dilakukan oleh si gadis :

1) Berusaha menyediakan diri sebagai produk muslimah yang diidam-idamkan ; bermutu tinggi dari segi agama dan akhlak. Lelaki nakkan wanita yang baik, yang boleh jadi pembimbing buat bakal anak-anak diorang nanti.

2) Berusaha mengawal diri supaya tidak gedik, tidak bermanja-manja dan melayani lelaki. Wanita yang suka berdamping dengan lelaki ini mudah dipermainkan dan mudah pula ditinggalkan.

3) Kalau korang ada menyukai seorang lelaki ; kerana akhlak dan agamanya, terus risik dia. Tapi guna orang tengah yang soleh dan boleh dipercayai. Takde lah jatuh maruah dan malu kalau kena rijek.

4) Berdamping dengan kawan-kawan yang baik dan solehah. Kot-kot jodoh korang dengan abang atau sedare mara diorang yang alim-alim dan soleh. Terjamin hidup.

5) Kalau ada lelaki berkenan dengan korang, suruh dia terus jumpa mak ayah korang. Haaa. Ini nak buktikan yang dia betul serius nak kat korang.

6) Suruh mak ayah korang carikan. Fullstop.

Semua orang nak ada jodoh yang terbaikkan? Semua nak keluarga yang ‘mawaddah wa rahmah’ kan. Jadi ikut je step ini. InsyaALLAH hidup terjamin dunia akhirat 


semoga berbahagia hingga k syurga-Nya ..


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

hatiku milik-Mu.....



menyerah ! suatu benda yg sgt dibenci oleh manusia..
 tambahan lagi , ia menampakkan kelemahan seseorang..
tapi , apa yg akn kita 'cakap' hari ni ialah 

MENYERAH DIRI @ PENGABDIAN DIRI KEPADA TUHAN !!

x nak ke jadi org yg meletakkan Allah di tempat yg trtggi dlm hidup kita ?

nk @ x , itulah yg sepatutnya kita lakukan,,,,
jika bukan Allah yg menciptakan kita & melimpahkan sepenuh kasih sayang-Nya kpda kita di tempat yg teratas , siapa lagi yg layak ?
ibu bapa kita ?
ingatlah sahabat , ibu bapa kita juga adalah makhluk ciptaannya....

dikisahkan , disebabkan begitu kerap menuanaikan solat pada penghujung malam , kaki SALIM BIN MARWAN sering bengkak . seringkali beliau berdoa '' Ya Allah , aku begitu senang bertemu dengan-Mu , aku berharap Engkau juga senang bertemu dengnku '' .

pada suatu malam , HABIB ABU MUHAMMAD diingatkan oleh isterinya . isterinya berkata , '' wahai suamiku bangunlah kerana malam sudah hampir hilang & berganti siang .  org2 yg soleh jauh meninggalkan kita sedangkan kita masih lagi tertinggal di sini '' .

marilah sama2 kita merenung sejenak , 
mungkin kita x pernah meninggalkan solat .. kita dah buat semua suruhan Allah ,
tapi apakah usaha yg kita lakukan untuk lebih mendekatkan diri pada-Nya ?
dalam exam pon kita xnak maqbul kan? kalu boleh kita nk mumtaz .. 
apatah lagi dalam hubungan kita dengan Allah ... 
biarlah Allah melihat kita sebagai kekasih-Nya ..

MARILAH KITA SAMA2 MENJADI HAMBA YG LUAR BIASA !!

give & take 
-----------------antara-----------------
hamba & pencipta 


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

cinta x perlukan bukti




Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyan. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,

“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu….

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

YA RABB ! AKU CURANG PADAMU !




CURANGKAH KITA ?
jawapannya ada pada anda,,,,

kalaulah Allah bukan maha Penyayang , nescaya dia akn tarik segala nikmat yg kita kecapi hari ini ....

kenapa?

kerana hamba2-Nya selalu lupa pada Dia bahkan curang dgn-Nya...
betapa ramai manusia yang mengagung2 kan cinta insani mereka melebihi cinta mereka kepada pencipta mereka?

x perlu pergi jauh , cukuplah mendalami hati kita sendiri .. 


berapa kalikah kita berterima kasih kepada Allah setiap kali rezeki-Nya menyentuh lidah kita ,
berapa banyak masa yg kita habiskan untuk bercerita , merayu dan memuji- Nya ....
sedangkan kita tahu Dia mendengar rintihan hamba-Nya ...
namun siapa yg kita pilih untuk menjadi pendengar rintihan kita ?
kita memilih mereka yg menadahkan telinga mereka padahal kita tidak pernah tau bicara hati mereka...
sedangkan Allah sentiasa merindui tangisan hamba-Nya....

x cemburukah Allah ?

ingatlah sahabat , ALLAH x perlukan cinta kita ,,
tetapi kitalah yang memerlukan kasih sayang-Nya ...
janganlah kita menjadi org yg lupa diri !!


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

'' hensem/cantik '' hati @ rupa ?



kalau ditanya , kamu nk jadik org yg cantik/hensem hati k cantik/hensem rupa?
ape yg akn kamu jawab?
kalu saye , saye  nk 2,2
tp mcm mna jika kamu hnya diberi 1 pilihan?
mestila saya akn jawab ''saya nk cntik hati'' 
walaupun terkadang susa untuk menjadi org yg ''cantik / hensem'' hatinya .

kenapa perlunya hati yg ''cantik''?

sbb hati kan ''raja'' kepada manusia ..kalau da hati cantik , insyaAllah segala ''gundik'' n ''hamba'' yg ade pada diri kita ni akn cantik .. betul x? huhu

tpi sayangnya mnusia pada hari ni lebih ramai yg cantik @ hensem muka je.. tp perngai ,, nauzubillah..
betapa ramai yg menjadi ''bodoh'' disebabkan memiliki rupa yg cantik / hensem  @ disebbkan nk  jadi cantik/ hensem ... betul x?

tapi sebenarnya manusia semuanya cantik/ hensem,, setiap manusia 2 dicipta dengan keunikan masing2 ....
ade org yg x suka tgok kita , tp ade jugak yg suka tgok kita kan?
tp insyaAllah lagi ramai yg akn senang dengan kita bila HATI KITA  ''CANTIK / HENSEM ''

org yg menilai manusia pada rupa selalu silap ,
tp org ygmenilai mnausia pada hati xkan pernah salah membuat penilaian

2 je u hari ni ,, wallahua'lam (/^_^\)


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

lelaki idaman ^__^


bertuahnya dapat suami macam ini =)

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.

Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi. Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya. Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.

Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap. Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya. Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami.Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.


Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya.
 Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan".
Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri. Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti. Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan. Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padangrumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia. Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment