menuju gerbang kebahagiaan



sudah bersediakah anda untuk menuju gerbang perkahwinan?
^____^


James Branch Cabell, “People marry through a variety of other reasons, and with varying results; but to marry for love is to invite inevitable tragedy.”

Suatu kisah yang cukup menarik diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-Khudri r.a katanya: “Seorang lelaki datang mengadu kepada Rasulullah s.a.w kerana anak gadisnya tidak mahu berkahwin.” 

Sabda Nabi kepada gadis itu yang bermaksud: “Patuhilah kehendak bapamu. Jawab gadis: Saya tidak akan kahwin sehingga Rasulullah s.a.w menyatakan apa tanggungjawab saya sebagai isteri. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda: Jika suamimu berkudis, lalu engkau rawat kudisnya dengan mulutmu, maka perbuatan itu tidak wajar , dianggap sebagai keterlaluan. Jawab gadis: Demi Allah s.w.t, kalau begitu tugas isteri, aku tidak akan kahwin selama-lamanya. Sabda Nabi kepada bapanya: Jangan engkau paksa dia berkahwin. Biarlah dia membuat keputusan sendiri.” (Qadaya al-Mar’ah, halaman 128).

Sebenarnya apa yang dikatakan kepada isteri terhadap suami, itulah juga dikatakan kepada lelaki terhadap isterinya. Jika ada suami yang berasa jijik merawat kudis-kudis isterinya, atau isteri hanya pada waktu sihat sahaja, maka lebih baik bagi lelaki ini berpuasa sahaja, sesuai dengan nasihat Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang tidak mampu berkahwin, hendaklah ia berpuasa, kerana puasa menjadi pengikat nafsunya.”

sesungguhnya islam itu indah & apa yg trkandung di dalamnya juga indah.


a great marriage is not when the perfect couple comes together. It is when an imperfect couple learns to enjoy their differencess'' -- Chantal Saperstein,
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud” “Tidak ada suatu bentuk yang lebih baik di dalam Islam daripada perkahwinan. Dan barangsiapa memilih untuk mengikuti sunnahku, maka dia harus berkahwin dan melahirkan anak-anak sehingga aku dapat melihat umatku dalam jumlah yang besar.”

Imam Ridha menyatakan, “Milik seorang lelaki yang paling berharga adalah isteri yang setia yang bila dia melihat isterinya itu, dia menjadi bahagia, dan isterinya itu melindungi harta dan kehormatannya ketika suaminya sedang pergi.” 

bermadu ?
tiada yg lbih menyakitkan bg seorg isteri selain terpaksa menerima hakikat terpaksa bermadu.



Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mempunyai ramai isteri, dia tidak berlaku adil terhadap mereka, akan dibangkit pada hari akhirat dalam keadaan senget.”


♥ -----> salam sayang <---- 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 komen dak comel:

Post a Comment