usaha mencari jodoh bagi kaum wanita ♥ ♥


ehem2 ....ha ! baca2..hehe
ni la usaha mencari jodoh yg boley dilakukan oleh si gadis :

1) Berusaha menyediakan diri sebagai produk muslimah yang diidam-idamkan ; bermutu tinggi dari segi agama dan akhlak. Lelaki nakkan wanita yang baik, yang boleh jadi pembimbing buat bakal anak-anak diorang nanti.

2) Berusaha mengawal diri supaya tidak gedik, tidak bermanja-manja dan melayani lelaki. Wanita yang suka berdamping dengan lelaki ini mudah dipermainkan dan mudah pula ditinggalkan.

3) Kalau korang ada menyukai seorang lelaki ; kerana akhlak dan agamanya, terus risik dia. Tapi guna orang tengah yang soleh dan boleh dipercayai. Takde lah jatuh maruah dan malu kalau kena rijek.

4) Berdamping dengan kawan-kawan yang baik dan solehah. Kot-kot jodoh korang dengan abang atau sedare mara diorang yang alim-alim dan soleh. Terjamin hidup.

5) Kalau ada lelaki berkenan dengan korang, suruh dia terus jumpa mak ayah korang. Haaa. Ini nak buktikan yang dia betul serius nak kat korang.

6) Suruh mak ayah korang carikan. Fullstop.

Semua orang nak ada jodoh yang terbaikkan? Semua nak keluarga yang ‘mawaddah wa rahmah’ kan. Jadi ikut je step ini. InsyaALLAH hidup terjamin dunia akhirat 


semoga berbahagia hingga k syurga-Nya ..


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 komen dak comel:

Post a Comment