muhasabah !



haip semua .. slmat petang !
ape khabar ...? 你 好 吗?:)
dalam kesibukan nk 'hadap' final exam ni , saje je intai2 blog sdiri , rupenya da lama x update :)

sbnarnya nga sedih ni ... tp xpe , senyuuuuuuuum .. sebarkan kbhagiaan ..kuburkan kesedihan :)




bila direnung balik , banyak sgt dosa kita, khilaf kita ...
makin hari , makin menimbun ..
makin hari makin gelap peluang untuk jejak SYURGA ALLAH .. ye k?
mestila x... sebab ......
selagi kita hidup , selagi itulah Allah kita yg sangat ---- sweet ---- 2 bg peluang untuk hamba-hambanya 'yang x reti nk bersyukur' ni u bertaubat , untuk merenung balik tugas2 kita sebagai muslim yang kita pinggirkan .. agaknya kalau dikumpul balik 'kerja' kita sbgai seorg muslim yang masih blom kita anta kat 'BOSS' kite 2 , letak dalm titanic pon titanic boley karam ,,,, kan ...? hehe

jomla sama2 muhasabah diri kita .. :)
jika kita pinggirkan AKHIRAT , nescaya dunia yang kita kejar akan jaoh meninggalakan kita ...
tetapi jika kita berjinak2 dengan akhirat , insyaAllah dunia akan datang bermanja2 dengan kita ..:)

salam sayang 
------------> sihar ibrahim <------------




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Kisah Benar:Lelaki Belikan Daging Babi Untuk Ibu Berbuka Puasa



Tak mampu saya nak tahan air mata ketika mendengar kisah benar yang diceitakan oleh seorang ustaz dalam tazkirahnya di sebuah masjid dalam kawasan Jengka baru baru ini.Sekitar awal 90an,seorang pemuda 30an menjerit jerit seorang diri di rumahnya tiap kali sampai waktu maghrib terutamanya di bulan Ramadhan,dia meraung setiap hari bagaikan orang diserang histeria.Jirannya membawa lelaki itu bertemu dengan ustaz tadi yang ketika itu bertugas sebagai pensyarah UiTM Kuantan untuk diubati.

Pemuda melayu itu kemudiannya menceritakan satu peristiwa menyayat hati.Ceritanya beberapa tahun sebelum itu dia tinggal dengan ibunya.Dia seorang yang nakal dan liar.Tidak mengerjakan solat dan berpuasa.Suatu hari ibunya meminta dia belikan lauk untuk berbuka puasa,lelaki itu sedang tidur.Dia tak mahu pergi ke pasar.Berulang kali disuruh sang ibu,dia tetap berdegil.Hingga akhirnya dengan perasaan marah kepada siibu yang terus memaksa,dia terus ke pasar dengan hati yang tidak ikhlas,dibelinya daging untuk ibunya memasak.Si ibu gembira, berselera dia berbuka puasa hari itu.

Pemuda berhenti bercerita kepada ustaz.Tiba tiba dia menangis lagi.Meraung bagaikan dirasuk syaitan.Dalam sedu tangisnya dia bertanya ,"Ustaz tahu daging apa yang saya beli?",Ustaz menggeleng kepala tanda dia tidak tahu."Daging apa?" tanya ustaz kembali."Saya beli daging babi ustaz!,saya berdosa Ustaz"jawab pemuda itu.Ustaz tergaman tidak terkata.”Masya Allah”hanya itu saja yang mampu diungkapkan.
Lelaki 30 an meneruskan cerita.”Pernah satu hari dalam bulan Ramadhan saya belikan daging ular yang siap dipotong untuk ibu saya menyediakan lauk berbuka puasa”ceritanya lagi.”Saya bagi tau ibu,saya belikan ekor lembu untuk ibu buat sup.Maghrib itu ibu berbuka dengan sup ular yang disangkakannya sup ekor”.”Ya Allah besarnya dosa saya ustaz”.

Dalam senda tangisnya itu pemuda itu memberitahu ustaz itu lagi, ibunya selepas itu ditimpa sakit dan meninggal dunia.Selepas meninggal dunia pemuda itu telah insaf dan bertaubat.Tetapi setiap kali tiba nya waktu Maghrib terutamanya bulan Ramadhan,pemuda itu tidak dapat lupa kejahatannya memberi ibunya berbuka puasa dengan daging babi dan ular.Dia tak mampu menahan perasaan bersalahnya ketika itu yang menyebabkan dia akan menangis dan meracau setiap hari mengenangkan dosa dosanya kepada si ibu yang sudah tiada di muka bumi ini.

Semua ahli jamaah yang mengikuti tazkirah malam itu begitu teruja sekali.Bayangkan adanya pada zaman moden ini anak yang sanggup memperlakukan ibunya sendiri seperti dilakukan pemuda tadi.
Ustaz menghabiskan tazkirahnya malam itu dengan mengingatkan hadis nabi beahawa malaikat berdoa ,laknat Allah ke atas mereka yang yang mengabaikan kedua ibu bapanya ketika mereka telah tua.Dua orang ibu bapa boleh pelihara sepuluh orang anak hinga remaja.Tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat jaga kedua orang tuanya ketika mereka sudah tua.
Semoga taubat lelaki itu diterima oleh Allah dan dijadikan pengajaran.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Soalan Jibril Kepada Kerbau, Kelawar Dan Cacing

Pada suatu hari, Allah memerintahkan malaikat Jibril menemui seekor kerbau dan meminta dia bertanya satu soalan kepada kerbau itu. Malaikat Jibril segera pergi mematuhi perintah itu.

Pada waktu siang yang panas itu, si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril mendekatinya lalu bertanya, “Hai kerbau, apakah kamu selesa dijadikan oleh Allah sebagai seekor kerbau?”

Si kerbau menjawab, “Masya Allah! Alhamdulillah, Aku bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau. Ini sangat berbeza jika aku dijadikan sebagai seekor kelawar yang mandi dengan air kencingnya sendiri.”

Mendengar jawapan itu, malaikat Jibril segera pergi menemui seekor kelawar yang pada ketika itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua.

Kemudian dia bertanya, “Hai kelawar, apakah kamu selesa dijadikan oleh Allah sebagai seekor kelawar?”

"Masya Allah! Alhamdulillah. Aku bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar daripada dijadikanku seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, dan berjalan menggunakan perutnya,”jawab si kelawar.

Mendengar jawaban itu, malaikat Jibril segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Lalu Jibril bertanya kepada si cacing, “Wahai cacing yang kecil. Apakah kamu selesa dijadikan Allah sebagai seekor cacing?”

Si cacing menjawab, “Masya Allah, Alhamdulillah! Aku bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing daripada dijadikanku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal, ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya.”

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

oh ''mom''



 
sape sangke muda2 da dpt gelaran mak ! huhu
bertuahnya idop .. xya beranak da dpt anaks2 yg oh !! pening pale nk layan ,,,
biasela ank2 same umo ngn maknyer.. hehe



usai solat isyak berjemaah ..
berkongsi doa' yang sama .. moga diperkenankan oleh-Nya ,, <3
ucu , achik , MAK , along n angah !!
 :)


 
disebabkan kami ni terlampau bzzzzzzzz.. so , mendlah ni la yg ingatkan kami u kemas rumah :)

 susun jg x susun .. selipar mak depan skli... hehehe . 2 la sape suh kaki korg kecik2 .. :P

anak bongsu ^___^

semoga .. ukhuwah ini .. berkekalan.. till jannah ...
dari : ustazah pilihan musim k........ x tawu.. hehehe 

salam sayang
---------sihar ibrahim----------

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

hati ini rindu



selamat petang :)
salam jumaat semua .. family cane ..? semoga semuanya dalam limpahan kasih sayang - Nya ..amin .. :)
sebenarnya tergerak hati nk tulis entri setelah sekian lama menyepi ( xde la lma mane pon ..hee) .. akhir2 ni bz ckit dengan assgnmnt yang bertimbun , siap beratur , berbaris ag..nasib bek x berkawad jer..hehe...sori2..melarat lak yer ..huhu ... 




hmm, sbenarnya tetibe trase rindu sgt44 kat AYAH .. walaupun kenangan bersama arwah hanya sedikit.. walaupun waktu yg sempat diluangkan bersama arwah hanya sekejap..tp kasih sayang char kpada ayah akan sentiasa bertambah ..insyaAllah . 

---------------------------------------------- /(^__^)\ -------------------------------------------

seorg budak perempuan 4 tahun hanya memerhati sekujur tubuh lesu dpda jauh...melihat insan2 yg tersayang mengelilingi tubuh lesu itu . tubuh kecil itu hanya berdiri dan memerhati .. rehat sekejap selepas penat bermain bersama teman-teman , dilihatnya seorg lelaki memasukkan bnda putih ke dalam hidung si mati .. sehinggalah ....... tiba di tanah perkuburan, si kecil itu masih keliru ,, memerhati sekelompok manusia yang berkopiah , membawa pergi insan tersayang .. yang lain menunggu jauh . si kecil itu berjalan smpai ke tepi liang lahad . berfikir sejenak.. hanya minda yang ligat berputar , tanpa suara , jauh sekali bertanya ,. dilihat insan tersayang dibawa turun .. tnpa air mata , daku relakan pergi... !
dan si kecil itu ....... adlah AKU..
hanya seorg kanak2 permpuan yang belum cukup mengetahui , apekah rasanya ditinggalkan..seorg kanak2 yang meneruskan hidupnya tnpa rasa kehilangan... kerana Aku hanyalah kanak2 yng berusia 4 tahun...-1995-

bila kenangkan semula, ya Allah , bgaimana rasenya dipelok seorg lelaki bergelar ayah , bgaimana rasa bahagianya menyalami tangan seorg ayah .. 
gadis ini hanya mampu memejamkan mata ..... dan membayangkan..........betapa bahagianya...disisi insan bernama AYAH....

-------------------------------------------------/(^__^)\--------------------------------------------

:)

senyum menutup segala duka ...
seriously , char pernah rase nk nangis bila tgok anak2 bermanje ngn ayah dorg..bila tgok ayah kawan2 plok ank mereka , cium ank mreka....aku cemburu Ya Allah...

tetapi betulla bila org ckp , mase boleh mendewasakan kita .. bila pk balik..setiap yang hidup pasti akan pergi...muda @ tuaa , cantik @ biase... semua telah tertulis.... x kurang sesaat dan tidak lebih..kita yang masih hidup ni haruslah teruskan hidup...wlaupun tanpa mereka ......

kerana KASIH SAYANG itu bukan hanya boleh dibina bila bersama , tetapi selama mana di hati kita terukir namanya.......

buat ayah , ku titipkan doa sbgai hadiah paling berharga .. moga kita diberi kesempatan untuk menjalin cinta di alam sana.... ucu syang ayah sgt99.... :)

salam sayang 

----------------------> sihar ibrahim <-----------------------
\


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

kenapa gunakan tangan kanan?





 Cara makan, 
kenapa Kita gunakan tangan? 

Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya Dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last TU), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.


tok guru nik abdul aziz.. :)


Mengapa? 

Kerana kedua belah tangan Kita Ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg Ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), IA merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam? 

Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan Kita. Dua cecah garam dari jari Kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk Kita.

Kenapa garam?

Selain dari sebab IA adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir Dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.


Sabda S.A.W pernah bersabda marhumnya: Barangsiapa yang memulakan makanan dengan memakan secubit garam maka ALLAH akan menghindarkan 330 jenis penyakit dan yang paling ringan adalah gila, kusta, sakit gigi, sakit perut, dan selebihnya hanya ALLAH jua yang Maha Mengetahui.
 ( Riwayat dari : Ibnu Abbas )

2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut Kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria Dan racun Ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria Dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum.

Janganlah Kita minum berdiri walaupun IA makruh tetapi IA makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan Kita minum dari bekas yg besar Dan jangan bernafas sedang Kita minum. Kerana apabila Kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya Kita akan meneguk air Dan dalam proses minum itu, Kita tentu akan bernafas Dan menghembuskan nafas dari hidung Kita. Kerana apabila Kita hembus, Kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.

Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.


moga kita boleh praktikkan dalam kehidupan seharian , insyaALLAH..
salam sayang 
------------------> sihar ibrahim <-----------------



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

sebat adalah penawar kepada HIV ?


 
 
Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, Dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?
 
 Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia.

Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. 
 
Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali IA akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.

subhanallah , indahnya ISLAM .. :)
salam sayang
---------->sihar ibrahim<-------------

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Mangkuk yang Cantik, Madu dan Sehelai Rambut





Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. istrinya Sayidatina Fathimah r.ha. putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu.


Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

Abubakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".


Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Utsman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yangtak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".




Allah SWT berfirman, " Sorga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat sorga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju sorga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

hadiah berharga buat ''mereka''







        Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah s.a.w. telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah s.a.w. memberitahu tentang kelebihan Al-Quran." Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: "Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. "Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"


                        Maka berkata Al-Quran : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu: "Adakah kamu Al-Quran?" Lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah s.w.t. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Quran."

salam sayang 
------------------> sihar ibrahim <------------------

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment