saat hidayah menyapa





''carlos , sekiranya kamu menyayangi jesus dengan ikhlas, jadilah seorang muslim.. ''

antara waktu solat maghrib dan isyak , di sebuah masjid di Texas , imam sedang menyiapkan beberapa kerja pengurusan di pejabat . pintu diketuk dan seorang lelaki menjengulkan wajah.rambutnya panjang berikat , misai dan janggutnya panjang tumbuh meliar ,. gayanya seperti penunggang yang meredah freeway dengan ''cooper'' harley davidson -live to ride !

mata lelaki itu meneliti wajah imam.

         ''nama saya carlos.'' tangan dihulur sambil memperkenalkan namanya.

imam menunggu apa yang bakal diperkatakan seterusnya oleh tetamu asing iini.

        ''saya ingin memeluk islam''. suara garuk keluar lancar dari bibirnya.

imam tidak menyangka mendengar itu daripada lelaki di hadapannya. sepintas lalu dia mengamati lelaki yang hanya mengenakan leather vest pada tubuhnya yang penuhdengan tatoo. di bahagian dada terpampang begitu besar gambar lelaki disalib , gambaran Jesus. pada lenagn sasanya terdapat gambar wanita yang mendukung bayi , gambaran Mary mendukung Jesus . badannya dikanvas menjadi mural keagamaan seperti yang terdapat
di dinding gereja ortodoks. 

imam menyahut permintaannya . carlos diajarkan 2 kalimah syahadah . setelah berjaya menyebutnya dengan lancar . carlos  berhenti seketika melayan emosinya , bergenang air mata di kelopak matanya yangg redup. 

        ''apakah yang mendorong kamu untuk menjadi seorang muslim, wahai Carlos?''
carlos merenung lembut ke wajah imam.

       ''saya membesar sebagai kristian sejati .'' dia memulakan cerita, sepertia da bau setanggi gereja bersama mukadimah cerita itu.

      ''sejak kecil saya dididik menyanyangi Jesus .'' bicaranya lancar. imam mengangguk2 mendengar dengan tekun. 
 
     ''kasih sayang terhadap Jesus menjdi destinasi hidup saya, kerana itu kamu dapat lihat pada tubuh saya ini penuh dengan gambar Jesus''. dia menunjuk k serata tubuhnya.

    ''saya benar-benar menyayangi Jesus..'' dia menyambung dengan suara sedikit kuat, berbaur emosi yang tidak dapat disembunyikan.

     ''semuanya berjalan seperti biasa sehinggalah tiga hari yang lepas.''dia berhenti seketika.

     ''pada malam itu, saya bermimpi. saya melihat cahaya dingin yang terang benderang.ia begitu menyilaukan. di balik chya itu kdengaran suara yg sgt jelas, menyeru nma saya.''carlos, sekiranya kamu menyayangi Jesus denagn ikhlas, jadilah seorang muslim.... hanya islam meletakkan jesus pada kedudukan yang benar''

carlos menggayakan dengan penuh perasaan ketika dia tersentak & terjaga dpda tidur.

     ''mimpi seperti itu datang berulang kali dalam tidur pada malam2 berikutnya . ia membulatkan tekad dan membawa saya ke mari.'' carlos menutup kisahnya tepat pada saat azan isyak dilaungkan.

gemersik laungan azan memenuhi ruangan masjid, menusuk ke dalam kalbu carlos . habis azan , imam bangkit u keluar.

    ''apa yang harus saya buat sekarang ?'' tanya carlos meminta bimbingan,

''kamu ikut sahaja apa yg saya lakukan sepanjang solat nanti.'' ujar imam penuh mesra.




berdirilah carlos di saf belakang imam . dia mengikut perlakuan imam , qiam, rukuk , iktidal,  dan sujud drpda 1 rakaat k 1 rakaat . kesemua itu dilaksanakan dengan begitu sukardan kekok , namun terserlah ketundukannya sebagai seorang muslim. 

selsai imam memberi salam, carlos masih khusyuk di sujudnya . selang beberapa detik berlalu, imam bangun dan duduk di sebelah carlos yang masih sujud.

''carlos, kita telah habis solat,''
imam menggoncang tubuh carlos.

tubuh itu terkulai dan terbaring. imam segaera merapatkan telinga k dada carlos. sedetik imam berhenti, suasana begitu sunyi.. terluncur dari bibir imam.. ''innalillahiwainnailaihirajiu'n''...

Allah menjemput carlos dalam sujudnya yg terakhir ........

fuhh !!! penat menaip..huhu..
moga kita dapat mengambil iktibar dpda cerita di atas...




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 komen dak comel:

Post a Comment