Mangkuk yang Cantik, Madu dan Sehelai Rambut





Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. istrinya Sayidatina Fathimah r.ha. putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu.


Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

Abubakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".


Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Utsman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yangtak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".




Allah SWT berfirman, " Sorga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat sorga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju sorga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

hadiah berharga buat ''mereka''







        Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah s.a.w. telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah s.a.w. memberitahu tentang kelebihan Al-Quran." Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: "Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. "Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"


                        Maka berkata Al-Quran : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu: "Adakah kamu Al-Quran?" Lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah s.w.t. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Quran."

salam sayang 
------------------> sihar ibrahim <------------------

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

exam dunia VS exam akhirat





wow !! , nmpaknya semua tenga bersiap sedia untuk menziarahi dewan exam, bgos2.....
da klah nk g uma bakal mentua gayanya,.,huhu...
sejam bgaikan seminit , sehari bgaikan 12 jam..cpat btol msa berlalu....btol x? k char je ase camtu... 
[ tp x study jugak ]  ngeee ~

duhai adik kakak sekalian,,,,await x study awal2 ? [macam char study je an ]  :)
sedar x sedar ..... kita bagaikan da tersilap arah ,, betapa kita pentingkan dunia melebihi segalanya ... btol  x?
jom2 kita survey !

bila exam dunia  , ramai yang ........

berkepit ngn buku 24 jam 
sanggup x mkn sbb nk abiskan silibus
 bz smpai lupa nk kol mak ayah 
kalut nk wat nota 
kawan pon wat2 x nmpak
rambut ? alamak ai ! klah mak limah..hehe,[ gurau je ]

tp apa persiapan kita u exam akhirat ... agak2 dgn gaya hidup cani kita akan bjaya x?

lewat2kan solat .. [alaa, zohor lambat ag nk abess]
merungut bila ditimpa ujian , [ knapa aku ? bukan org len ? ]
rezeki depan mata pon x reti nk bersyukur [ igtla org kat somalia 2 cik kak oi ]
sanggup bersengkang mata baca novel [ nk bca quran sepipi lpas solat pon liat ]
abiskan duit beli bende x berpekdah [ sedekah jauh sekali ]
shopping baju sampai sedozen sebulan [ telekung semayang ? smpai bertukar warna pon x berganti ]



vs
                                                                

tp x semua caniey kan.. char tawu semua yg baca entry ni baik2 belaka :)
kalau kita bertungkus lumus berjaya untuk dunia...
knpa x u AKHIRAT ?

----------> salam sayang <----------
✿ sihar ibrahim 


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment